Apa Itu FCPO? Panduan Asas Untuk Trader Yang Baru Nak Kenal Futures

apa itu fcpo crude palm oil futures di bursa malaysia

Apa Itu FCPO? Panduan Mudah Faham Crude Palm Oil Futures

Selain saham syarikat, sebenarnya terdapat satu lagi pasaran yang aktif didagangkan di Malaysia iaitu FCPO atau Crude Palm Oil Futures. Pasaran ini terkenal kerana pergerakan harga yang pantas dan peluang trading secara intraday. Namun FCPO mempunyai gaya trading dan tahap risiko yang sedikit berbeza berbanding saham.

Dalam pasaran saham, pelabur biasanya membeli saham syarikat dan menunggu nilainya meningkat dari masa ke masa. Kalau saham syarikat tersebut anda jangka akan turun, anda tak boleh nak jual dahulu untuk buat keuntungan. Sebaliknya dalam FCPO, dagangan dilakukan melalui kontrak futures yang membolehkan trader mengambil peluang daripada pergerakan naik dan turun harga komoditi seperti minyak sawit mentah.

Disebabkan struktur kontrak dan penggunaan margin dalam pasaran futures, pergerakan keuntungan dan kerugian dalam FCPO boleh berlaku dengan lebih cepat berbanding saham. Oleh sebab itu, pemahaman terhadap cara pasaran ini berfungsi sangat penting sebelum seseorang mulakan langkahnya dalam trading FCPO.

Apa Maksud FCPO

FCPO ialah singkatan kepada Futures Crude Palm Oil, iaitu kontrak hadapan minyak sawit mentah yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives (BMD). BMD pula adalah merupakan anak syarikat Bursa Malaysia.

Kontrak ini membolehkan pelabur dan trader membuat spekulasi terhadap pergerakan harga minyak sawit pada masa hadapan tanpa perlu memiliki minyak sawit secara fizikal walaupun pada dasarnya Kontrak FCPO adalah perlu diambil atau dihantar secara fizikal mengikut perjanjian.

Dalam erti kata mudah, trader FCPO akan trade Kontrak Perjanjian Jual/Beli Harga FCPO.

Kenapa Minyak Sawit Penting Dalam Pasaran

industri minyak sawit malaysia pengeluar crude palm oil

Malaysia merupakan antara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. Oleh sebab itu, harga minyak sawit memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.

Pergerakan harga minyak sawit boleh memberi kesan kepada:

• sektor perladangan
• pendapatan eksport negara
• sentimen pasaran komoditi
• saham syarikat berkaitan perladangan

Disebabkan kepentingan ini, kontrak FCPO menjadi salah satu instrumen futures yang aktif didagangkan di rantau Asia.

Bagaimana Trading FCPO Berfungsi

contoh carta trading fcpo futures

Dalam trading FCPO, trader(speculator) tidak membeli minyak sawit sebenar. Sebaliknya mereka trading kontrak futures berdasarkan jangkaan pergerakan harga.

Sebagai contoh, jika seorang trader menjangkakan harga minyak sawit akan meningkat, mereka boleh membuka posisi untuk Long/Buy. Jika harga benar-benar naik, trader boleh menutup posisi tersebut dengan Short/Sell semula dan memperoleh keuntungan/kerugian daripada perbezaan harga.

Sebaliknya, jika trader menjangkakan harga akan jatuh, mereka juga boleh mengambil posisi Short/Sell untuk mendapatkan keuntungan daripada kejatuhan harga. Kemudian boleh menutup posisi dengan Long/Buy semula dan dapat keuntungan/kerugian daripada perbezaan harga.

Keupayaan untuk trade dalam kedua-dua arah ini menjadikan pasaran futures lebih fleksibel berbanding pasaran saham syarikat.

Adakah Dagangan FCPO Patuh Syariah

Antara persoalan yang sering ditanya ialah sama ada dagangan FCPO patuh syariah atau tidak, memandangkan trader tidak mengambil minyak sawit secara fizikal.

Untuk makluman, kontrak FCPO didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives dan mempunyai struktur kontrak yang membolehkan penghantaran fizikal minyak sawit jika kontrak tersebut dipegang sehingga tarikh matang.

Namun dalam amalan sebenar, kebanyakan trader akan menutup posisi mereka sebelum tarikh matang kontrak dan tidak mengambil penghantaran fizikal komoditi tersebut.

Dari sudut syariah, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan garis panduan berkaitan dagangan derivatif di Malaysia. Beberapa produk derivatif di pasaran Malaysia juga telah distrukturkan supaya memenuhi prinsip syariah.

Walau bagaimanapun, pelabur yang ingin memastikan kesesuaian dagangan dengan prinsip syariah digalakkan merujuk kepada penasihat kewangan atau sumber rasmi daripada Securities Commission Malaysia.

Saiz Kontrak FCPO

saiz kontrak fcpo 25 metrik tan bursa malaysia

Setiap kontrak FCPO mewakili 25 tan metrik minyak sawit mentah. Jadi maknanya, setiap 1 Lot anda buka, anda sedang membawa nilai 25 metrik tan. Secara tak langsung ini akan menjawab kepada persoalan anda, kenapa ia membawa nilai RM25 untuk setiap 1 tick pergerakan bagi 1 Lot yang dibuka.

Disebabkan setiap 1 lot adalah 25 metrik tan, nilai sebenar bagi FCPO adalah 25 kali ganda daripada harga yang anda sedang lihat di carta. Sebagai contoh jika harga semasa adalah RM4000, jadi nilai sebenar FCPO adalah RM100,000. Inilah nilai penuh sebenar untuk ada trade FCPO.

Walau bagaimanapun, trader tidak perlu menyediakan nilai penuh kontrak tersebut. Dalam pasaran futures, hanya sejumlah margin diperlukan untuk membuka trading. Ini bermaksud trader boleh mengawal nilai kontrak yang lebih besar dengan modal yang lebih kecil berbanding membeli komoditi secara fizikal.

Margin (Modal) akan ditetapkan oleh Bursa Malaysia dan akan berubah dari semasa ke semasa.

Namun penggunaan margin ini juga bermaksud risiko kerugian ataupun Margin Call boleh berlaku dengan lebih cepat jika pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan.

Waktu Dagangan FCPO

Dagangan FCPO dijalankan melalui beberapa sesi setiap hari di Bursa Malaysia Derivatives.

Secara umum sesi dagangan dibahagikan kepada:

• sesi pagi (10.30 pagi – 12.30 tengahhari)
• sesi petang (2.30 petang – 6 petang)
• sesi malam (9.00 malam – 11.00 malam)

Sesi malam khususnya sering menjadi tumpuan trader kerana ia dipengaruhi oleh perkembangan pasaran global seperti pergerakan minyak mentah, pasaran komoditi antarabangsa dan sentimen ekonomi dunia.

Kenapa Ramai Trader Memilih FCPO

Terdapat beberapa sebab utama kenapa FCPO menjadi pilihan ramai trader.

Pertama, pergerakan harga yang aktif. Pasaran FCPO sering menunjukkan volatiliti yang menarik untuk trader intraday. Volatiliti yang tinggi ini bermaksud, anda akan untung atau rugi dengan sangat cepat di dalam market.

Kedua, likuiditi yang tinggi. Kontrak ini mempunyai jumlah dagangan yang besar setiap hari. Ini bermaksud, Buyer dan Seller akan sentiasa ada (Jika Kontrak Aktif), jadi sangat mudah untuk anda buka dan tutup position.

Ketiga, pasaran dua hala. Trader boleh mengambil peluang sama ada harga naik ataupun turun. Anda rasa harga nak turun, anda boleh buat untung. Anda rasa harga nak naik, anda boleh buat untung.

Keempat, hubungannya dengan pasaran global. Harga FCPO sering dipengaruhi oleh faktor seperti harga minyak mentah, permintaan global, cuaca dan polisi eksport. Jadi, kemungkinan trader akan membuat spekulasi terhadap pergerakan harga berdasarkan fundamental info yang mereka fahami.

Risiko Dalam Dagangan FCPO

Walaupun FCPO menawarkan peluang keuntungan, ia juga datang dengan risiko yang perlu difahami oleh trader.

Pergerakan harga boleh berubah dengan cepat dan penggunaan margin bermakna kerugian juga boleh berlaku dengan pantas jika pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan. Dalam mana-mana trading, rugi itu adalah sesuatu yang tak boleh dielakkan.

Oleh sebab itu, trader perlu mempunyai pelan pengurusan risiko yang jelas sebelum memasuki pasaran futures.

Mari Saya rumuskan

FCPO ialah kontrak futures minyak sawit mentah yang didagangkan di Bursa Malaysia dan menjadi salah satu instrumen komoditi paling aktif di rantau ini.

Ia memberi peluang kepada pelabur dan trader untuk mengambil bahagian dalam pergerakan harga minyak sawit tanpa perlu memiliki komoditi tersebut secara fizikal.

Namun seperti semua instrumen derivatif, dagangan FCPO memerlukan pemahaman yang baik tentang struktur pasaran, disiplin serta pengurusan risiko yang teratur. Nak belajar trade Futures seperti FCPO? Hubungi kami segera dan masuk ke dalam email list kami.

1 thought on “Apa Itu FCPO? Panduan Asas Untuk Trader Yang Baru Nak Kenal Futures”

  1. Pingback: Belajar Saham Online di Malaysia: Panduan Beginner Dari Zero – ringgitinsight.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *